Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

Aku dan kotak tisu I

Aku membuka bonet kereta untuk mengambil sekotak tisu. Tiba-tiba k menjerit di dalam kereta. `` Kenapa pula mamat ni menjerit?" kataku dalam hati. A pada asalnya hendak masuk ke dalam  kereta dan apabila k memekik A terus tak jadi nak masuk. Mungkin mereka bergaduh. Untuk pengetahuan, mereka ialah pasangan kekasih. Bagi aku sudah lumrah dunia pasangan akan bergaduh dan aku kerap melihat mereka bergaduh. Aku tertanya tanya pada diriku adakah aku punca segalanya. A pun berlari jauh daripada K dan aku mengekorinya,bimbang akan terjadi apa apa pada A . A marah kepadaku kerana aku mengekorinya tetapi lama kelamaan dia menceritakan apa yang terjadi tetapi dia tak menceritakan mengapa mereka bergaduh. Aku mendengar sambil menghulur kotak tisu yang aku pegang sejak tadi.

Pertandingan pantun

Imej
    Takkan digentar bala mendatang,            Hamba afif sedia bertentang!    Khamis                                   26/3/15    Hari ni aku bangun mencapai baju kemaja lengan panjang dan mengikat tali leherku dengan kemas. Aku menyarung vest berwarna biru pekat. Sungguh segak penampilanku pada pagi ini. Aku melangkah masuk pintu sekolah dan banyak mata memandang dengan penampilanku yang lain daripada yang lain.Aku mencari rakan seperjuanganku rupanya mereka berada di kantin sekolah. Kami berlatih buat kali terakhir sambil menunggu guru pantun. Kebanyakan guru  mengucapkan selamat berjaya dan ada segelintir memberi kata kata semangat.     Aku menyarungkan blazer dengan penuh bangga. Mereka memujiku dan aku hanya mem...

Terdiam III

Aku hanya mendiamkan diri dan termenung jauh. Lamunanku terhenti apabila deringan  mesej berbunyi. Aku memeriksa mesej satu per satu. Ternyata kawanku yang lain mencariku. Aku pergi tanpa memaklumkan kepada mereka. Bayu  hujan meniup ke arahku dan kilat sambar menyambar. Dapat aku merasakan betapa besarnya ciptaan Allah. Aku menghirup kopi sambil menikmati keindahan alam. Selepas hujan berhenti aku melangkah keluar dari kedai kopi tersebut. Aku benar benar terkejut dengan pernyataan kawanku menyatakan pelbagai perkara yang dia betul betul tidak puas hati. Aku dah agak memang dia tidak suka aku bertindak demikian. Walaupun perasaan aku kecewa tetapi aku bersyukur kerana Allah tunjukkan perkara yang sebenar. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi menjadi sahabatku dan berakhirlah segalanya. Mulai sekarang aku akan mendiamkan diri. Benarlah kata kata mereka kita sebagaI anak yatim perlu bersahabat dengan mereka yang sama nasib dengan kita.

Terdiam II

Selepas menunaikan solat zohor,aku melangkah pergi ke bilik seni untuk menyiapkan beberapa tugasan yang aku perlu laksanakan. Puas aku memikir bagaimana aku hendak mereka tulisan tetapi tidak ada satu idea pun datang. Kawan kawan ku mengilingiku sambil memerhati. Sejujurnya aku tidak selesa akan pandangan mereka tetapi aku serba salah untuk memberitahu. Seorang demi seorang melangkah pergi dari mejaku dan tinggal beberapa orang . Aku menarik nafas lega sambil menulis. Sedang aku khusyuk menulis tiba tiba deringan telefon berbunyi menandakan bahawa bapaku telah tiba. Aku dengan segera mencapai beg galas dan berlalu pergi . Aku memikirkan kembali peristiwa manis yang berlaku sewaktu kakak aku di sampingku. Aku amat merindui detik pahit dan manis bersama .

Terdiam I

Aku duduk sambil menyelak helaian demi helaian novel yang aku pinjam kelmarin. Bukunya lusuh tetapi kandungannya menarik. Aku hanya mendiamkan diri sambil ditemani riuhan beberapa kawanku yang sedang berbincang. Aku bukannya twrsentuh akan kata kata mereka tetapi aku hanya ingin menguji mereka. Ternyata mereka hanya berusaha untuk mencari topik perbualan. Amir meneguk minuman panasnya dengan berhati-hati..tiba2 ustazah memanggil kami untuk menunaikan solat zohor.