2018

Semalam akak aku start tany pasal blog dia dulu terus aku teringat tentang kehadiran blog ni. Dah dua tahun aku tak update. Banyak yang dah terjadi dalam hidup aku sepanjang 2 tahun ni. Sekarang aku dah sambung belajar kat uitm rembau.
Actually aku dah in middle week sem 2. From me sem 2 ni cukup menghambarkan dari sem 1. Entahlah banyak faktor kemungkinn. Mungkin terdiri daripada housemate, kelas dan lain lain.

Sem 1 dulu housemate semua gila2 bila aku keluar tak kena bahan memang tak sah and literally dorng bahan aku ‘’ serius aa!’ dengan style gelak aku. Plus, dengan perangai hanat masing masing yang cukup buat rumah aku havoc gile.

Roomate pula selalu tak ada kadang ada je aktiviti dia sampai aku sendiri pun leh hafal rutin dia. Kadang malam ada shooting dan bila weekend ada petangque. Memang aktif namatei. 

Housemate yang aku rapat lak duduk kat bilik 4. Dia selalu buat lawak yang cukup tak pernah menghampakan. Serius dia memang make my day. Kadang bila balik je mesti aku terus terjah bilik dia. Kacau dia dengar lagu. Kadang tu dia suka lompat acah kat konsert. Dan bila dia nak keluar dia memang ajak aku. Even dia tahu kadang aku malas nak keluar.

Dia ada bestfriend which selalu lepak kat rumah kitorang. Muka hensem tapi perangai cam sakai sikit. Hahaha dia pun bila tak ada mesti aku tanya. Sebab dorang dua tu cam belangkas hari3 berkepit je. Dia dulu selalu jadi driver dan jugak selalu sakat aku dengan aku punya tagline tu.

Namun sayang dorang dua tak dapat kolej. If dorang dapat maybe aku definetely housemate ngn dorng.

So far moment paling best time sem 1 bila kitorang semua berbuka time bulan Ramadhan. Masa tu semua berkumpul makan kadang2 tu suka share makanan. Roomate aku kalau ada asyik hadap dengan murtabak dia. Kadang selalu kena rembat dengan kitorang.

Sambil makan tu membawang lah jugak. Kalau tak membawang cerita pasal isu semasa kat kuliah tu. Well overall housemate aku semua dak3 im. Dan dua org dak bisnes and aku dak banking.

Well rindu nak housemate dgn dorang sebab sem 1 seronok dapat housemate dengan dorang.

Now sem 2 aku rasa housemate tiada bonding seperti dulu. If dulu nak kata semua housemate aku ada chemistry which is boleh dok bincang borak3 gurau semua. But now housemate seperti serius sedikit. Hurm maybe sebab course mungkin. Overall semua bisnes dan 1 je dak IM disini. Which is roomate aku merangkap kepada bekas roomate housemate aku bilik no 4.

Kelas? Hurm cukup hambar dan bosan. Sebab kelas dah gabung dan setiap hari ada kelas. Memang serius pack. Tapi nak wat camne kita harungi lah juga.

Esok last aku stay dekat rumah sebab hari selasa dah nak balik Rembau. Hurm malasnya....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Confusion

JeRuK!!!!!!!(<,<)

PER GI SUNWAY LAGOON!!!!!^_^..(n_n)